Ahad, 28 Disember 2014

LAMAN UTAMA
Lencana Kemahiran

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja, sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam kegiatan luar dengan memperlihatk darjah tertinggi Ilmu Asas Perbarisan, Simpulan dan Ikatan, Projek Perintis, Ilmu Berkhemah dan Navigasi serta Ikhtiar Hidup.

1.   Telah mencapai darjah yang tertinggi dalam ilmu latihan asas perbarisan sebagaimana yang dikehendaki dalam Lencana Usaha, Lencana Maju, Lencana Jaya, kawad tongkat serta cara membawa bendera dan telah melatih dengan jayanya satu unit Pengakap dalam ilmu tersebut.

2.   Mengetahui cara mengikat serta kegunaan simpulan dan ikatan yang berikut:-
a)   Simpul Tapak Kucing (Cats Paw Knot),
b)   Simpul Raga (Carrick Bend),
c)   Simpul Serban (Turk's Head),
d)   Simpul Buaian (Scaffold Hitch),
e)   Lilit Berkas Tingkat (Racking Bend),
f)   Genggam Monyet (Monkey Fish Knot),
g)   Sambat Pendek (Short Splice),
h)   Ikat Jepun (Japanese Lashing),
i)   Ikat Filipina (Filipino Lashing),
j)   Takal Tali (Rope Tackle / Harvester's Hitch)

3.   Mengetahui cara membuat dan menggunakan sistem takal dan pancang dogang (anchorage) iaitu:-
a)   3 - 2 - 1
b)   'log & picket'
c)   'dead-man'

4.   Membina satu projek perintis (pioneering project) secara berpatrol seperti menara, jambatan atau 'aerial renway' tidak kurang daripada 5 meter atau panjang.

5.   Melanjutkan pengetahuan dalam pemetaan dengan mengetahui mengenai asas 'Orienteering' dan cara membuat 'cross-bearing' bagi mencari kedudukan di atas peta dengan menggunakan kompas.

6.   Memahirkan diri dalam ilmu tahan lasak hidup dengan membuat 'bivouac' dan bermalam di dalamnya, membuat perangkap yang mudah serta membuat masakan rimba (backwoods) seperti nasi, ikan / daging dan telur.

7.  Mengenali tapak 5 jenis haiwan dan membuat 2 jenis 'plaster casts'.

8.  Mengetahui cara membuat penganggaran (estimation) tinggi dan lebar.

9.   Membuat SATU Model Projek Perintis (Pioneering Project).

10.   Lakukan perkara yang berikut:-